MUAR: Penggunaan air yang tinggi dan tekanan air rendah akibat lokasi di hujung kawasan sistem bekalan air antara punca Felda Bukit Permai di Kulai mengalami gangguan bekalan air.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata bagi mengatasi masalah itu pihak operator air negeri Ranhill SAJ Sdn Bhd telah pun menyediakan beberapa lori dan tangki air bagi menampung keperluan air pengguna.
"Kira-kira 200 rumah terjejas bekalan air pada Aidilfitri tahun ini berbanding lebih 2,000 rumah pada tahun lepas dan kali ini kawasan terjejas melibatkan sekitar daerah Kulai dan Kluang.
"Namun, saya dimaklumkan 10 peratus kawasan yang mengalami gangguan bekalan air ini telah pulih mulai hari ketiga Aidilfitri secara berperingkat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir di Dataran Bukit Pasir di sini hari ini.
Beliau berkata sebelum ini kerajaan negeri menjangkakan sebanyak 147 kawasan akan mengalami gangguan bekalan air pada Aidilfitri sebagaimana yang direkodkan pada tahun lepas.
MOHAMAD FAZLI-AIR 2 (AKHIR) MUAR
Bagaimanapun, Mohamad Fazli berkata pelbagai usaha dilakukan kerajaan negeri bagi memastikan pengguna dapat bekalan air secukupnya sepanjang musim perayaan itu.
"Tahun lepas, selain Kluang dan Kulai, beberapa kawasan lain turut terjejas seperti Labis di Segamat, Parit Sulong di Batu Pahat dan beberapa kawasan di Kota Tinggi. Syukur tahun ini tiada gangguan yang kritikal berlaku dilaporkan.
"Bagi Kulai dan Kluang, kita jangkakan dapat menyelesaikan masalah itu pada tahun 2027 apabila projek tebatan banjir Empangan Sembrong di Batu Pahat siap sepenuhnya yang juga berfungsi sebagai lokasi tadahan air," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Pasir itu.
Sementara itu, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Bukit Pasir yang bermula sejak 11 pagi tadi dihadiri kira-kira 5,000 penduduk di sekitar kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2024
Mohamad Fazli Mohamad Salleh yang juga Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir bercakap dengan pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Bukit Pasir di Dataran Bukit Pasir hari ini. - Foto BERNAMA
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan tahun depan - Johari
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan berterusan sehingga ke tahun depan.
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.
Kulit paha Faisal mungkin diguna untuk tampal luka lecuran
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani pembedahan 'split skin graft' (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan.
Malaysia tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Begitupun, katanya, beberapa parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut.
[TERKINI] Sidang Media Program Innovathon Musim Kedua
Ikuti langsung sidang media program Innovathon Musim Kedua bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk pulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Enam bekas penuntut UPNM buli, bunuh Zulfarhan - Pendakwaan
Pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan menjatuhi enam bekas penuntut UPNM hukuman mati kerana membuli dan menyebabkan kematian (bunuh) rakan mereka, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja
Seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat perkapalan direman selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Subang Jaya dan Petaling Jaya.
Penggunaan tinggi, tekanan air rendah punca gangguan air - Exco
Penggunaan air yang tinggi dan tekanan air rendah akibat lokasi di hujung kawasan sistem bekalan air antara punca Felda Bukit Permai di Kulai mengalami gangguan bekalan air.